3 Resepi sambal belacan padu 1.0

 



Resepi sambal belacan 1

Resepi sambal sedap nie sangat sesuai nak makan dgn nasi panas² dengan lauk simple ayam goreng @ ikan goreng perhhh....tahu² licin nasi sepinggang...


Sambal belacan goreng
cili padi hijau dan merah - 1 genggam
cili besar hijau dan merah -2@3 tangkai
tomato - 1 biji
bawang putih - 5@6 ulas
bawang merah @ bawang holland - 3@4 biji
belacan - Ikut kesesuaian
limau kasturi - 2@3 biji
garam - 1 sudu kecil
gula - 1 sudu kecil
ajinomoto - 1/2 sudu kecil
ikan bilis - setengah genggam
minyak - 2 sudu teh 
sedikit air

Cara penyediaan 
1. Goreng ikan bilis sampai garing 
2. Goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan....goreng sampai agak layu kemudian tutup api...
3. kemudian masukkan dalam blender sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi...blender jangan terlalu hancur....kemudian tumis sampai pecah minyak.. kemudian masukkan sedikit air....biarkan mendidih dengan api perlahan...biar sampai kering...masukkan garam dan gula serta air limau kasturi dan ajinomoto
bila dah cukup rasa...dan dah pekat elok..boleh tutup api...dah boleh hidang makan dengan ayam goreng @ ikan goreng



Resepi sambal belacan 2

Cara buat ikut urutan:

( kisar kasar bahan2 )
1. 1/2 biji limau nipis
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 2 sudu mkn sunquick ori
7. Masukkan sedikit gula dan garam

Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu

PETUA SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips2
Kalau xnk sunquick .. Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Kalau xmau limau nipis bole guna Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal



Resepi Sambal Belacan Ala Thai 3

2 biji bawang holland
5 batang cili hidup merah
5 batang cili hidup hijau
7 biji cili api
1 gelas air asam jawa
2 inci belacan
Sebiji tomato size sederhana
Gula
Garam
Serbuk perasa

Blenderkan semua, masak atas api kejap. Dah didih siap utk dihidangkan. Sebiji rasa mcm makan kt kedai tomyam tuuu.

P/s : Jangan tambah air utk blender, hanya guna air asam jawa sahaja. Kalau rajin boleh tumbuk bahan2 lepastu tambah je air asam jawa. Cili tu boleh adjust ikut tahap kepedasan masing2

siap..

No comments:

Post a Comment