Hi semua, apa khabar? min harap anda sihat walafiat disamping keluarga tersayang. ok bagi mak mak yang nak buat sedikit kelainan dalam menghidangkan menu untuk seisi ahli keluarga, apa kata harini anda mencuba masakan yang makin hari makin digemari sebagai hidangan istimewa.
Wow apa tu hidangan istimewa yang dimaksudkan, apa lagi kalau bukan hidangan 'Shell out' yang digemari ramai..jom kita lihat bahan-bahan yang perlu disediakan dan cara menyediakannya..
RESEPI SHELL OUT
Bahan untuk pes:
- Cili kering – 5-8 tangkai (direbus)
- Bawang besar - 2@3 biji
- Bawang merah - 5@6 biji
- Bawang putih - 4@5 ulas
- Halia - sepotong
- Asam keping (anggaran 2-3 keping)
Cara membuat pes:
- Kisar semua bahan kecuali asam keping.
- kemudia tumis semua bahan kisar dengan sedikit minyak dan masukkan dua@tiga asam keping.
Cara memasak ketam:
- Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
- Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
- Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
- Masukkan ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
- Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
- Siap dimasak.
Cara memasak udang:
- Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
- Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
- Masak hingga kering sedikit
- Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.
Cara memasak sotong:
- Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
- Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
- Masak menggunakan kuali non stick.
- Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
- Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.
Cara masak jagung:
- Didihkan air
- Masukkan sedikit garam
- Rebus jagung hingga masak
RESEPI SHELL OUT
Cara penyediaan sayur dan dressing:Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm sedikit air garam lalu ditos.
Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island
Haaa dah pun siap..mudah kan cara penyediaannya..baiklah apa kata anda cuba hidangkan masakan ini untuk menjamu selera bersama ahli keluarga..
Cadangan hidangan sampingan
RESIPI COLESLAW ALA KFC
Untuk menambahkan lagi keriangan makan bersama keluarga apakata anda hidangkan coleslaw yang super sedap macam di KFC tu..
Coleslaw antara sajian sampingan yang sangat enak dimakan bersama Ayam Goreng dan juga kentang putar. Sayur kubis dan juga lobak merah yang dicincang halus dan kemudiannya digaul bersama mayones ini akan rasa lebih enak jika dimakan sejuk.
BAHAN-BAHAN:
1/4 biji kubis – buang bahagian keras dan cincang halus
1 batang lobak merah – sagat dan cincang halus
1/2 cawan susu segar
5 sudu makan mayones
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK
1. Satukan cincangan kubis dan lobak merah. Gaul sebati.
2. Masukkan susu segar.
3. Kemudian masukkan mayones kegemaran. Boleh letak lebih mengikut cita rasa masing-masing.
4. Masukkan juga gula dan garam. Sebatikan.
5. Simpan Coleslaw dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati supaya campuran bersatu.
6. Coleslaw homemade boleh dimakan bersama ayam goreng ala kfc.
7. Siapp untuk dihidangkan
Cuba juga resepi dibawah:
Resepi pulut serunding kelapa
Singgang ikan kayu
Resepi Puteri ayu

No comments:
Post a Comment