Haa, mesti ada dikalangan pembaca resepi.xyz yang suka dan meminati rasa kuih puteri ayu ini kan. Apa kan tidak, kuih ini adalah kuih wajib dijadikan hidangan ketika bersarapan atau ketika minum minum petang bersama ahli keluarga.
Hidangan ini adalah warisan turun temurun orang melayu sejak dahulu lagi. melihat rupanya sahaja sudah membuat kan kita bersemangat berbicara sambil mengunyah, tak gitu kan..hehehe
Sesuai dengan nama dan rupanya, kuih ini sangat lazat dinikmati ketika perut kosong atau jika anda ingin mulakan hari anda.
Resepi Puteri Ayu
Bahan-Bahan utama untuk membuat kuih Puteri ayu :
- 2@3 biji telur
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung (sesuaikan dengan saiz hidangan)
- 1 sudu kecik baking powder
- 1 sudu ovelatte (sesuaikan dengan saiz hidangan)
- 1 cawan santan kara
- 1@2 sudu makan pes pandan
- 1 penutup kecil pewarna hijau. (sesuaikan dengan saiz hidangan)
Bahan Kelapa Parut untuk topping puteri ayu:
- kelapa parut
- Sedikit garam
- Sedikit gula pasir
- Sedikit tepung gandum
- Gaul sebati
- atau jika nak lebih sedap anda juga boleh kukus sebentar bahan topping
Resepi Puteri ayu
Cara penyediaan kuih puteri ayu:
- Sediakan tepung gandum bersama baking powder
- Putar telur, gula, ovelatte dan pati pandan hingga kembang putih.
- Masukkan santan dengan tepung.
- Gaul sebati adunan dan tuang pewarna hijau. Putar sehingga sebati lagi sekali
- Sediakan acuan dengan menyapu sedikit minyak untuk mengelakkan kuih anda melekat pada acuan.
- Mulakan dengan menekan topping kelapa yang siap dikukus.
- Tuang campuran adunan yang telah siap diadun dan sebati kedalam acuan.
- Langkah terakhir adalah dengan kukus 5-10 mini
- Siap untuk dihidangkan dan dimakan