RESEPI SHELL OUT

 



Hi semua, apa khabar? min harap anda sihat walafiat disamping keluarga tersayang. ok bagi mak mak yang nak buat sedikit kelainan dalam menghidangkan menu untuk seisi ahli keluarga, apa kata harini anda mencuba masakan yang makin hari makin digemari sebagai hidangan istimewa. 

Wow apa tu hidangan istimewa yang dimaksudkan, apa lagi kalau bukan hidangan 'Shell out' yang digemari ramai..jom kita lihat bahan-bahan yang perlu disediakan dan cara menyediakannya..


RESEPI SHELL OUT


Bahan untuk pes:

  • Cili kering – 5-8 tangkai (direbus)
  • Bawang besar - 2@3 biji
  • Bawang merah - 5@6 biji
  • Bawang putih - 4@5 ulas
  • Halia - sepotong
  • Asam keping (anggaran 2-3 keping)

Cara membuat pes:

  • Kisar semua bahan kecuali asam keping.
  • kemudia tumis semua bahan kisar dengan sedikit minyak dan masukkan dua@tiga asam keping.

Cara memasak ketam:

  • Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  • Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
  • Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  • Masukkan ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  • Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
  • Siap dimasak.

Cara memasak udang:

  • Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
  • Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
  • Masak hingga kering sedikit
  • Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.

Cara memasak sotong:

  • Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
  • Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
  • Masak menggunakan kuali non stick.
  • Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  • Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.

Cara masak jagung:

  • Didihkan air
  • Masukkan sedikit garam
  • Rebus jagung hingga masak

RESEPI SHELL OUT

Cara penyediaan sayur dan dressing:

Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm sedikit  air garam lalu ditos.
Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island

Haaa dah pun siap..mudah kan cara penyediaannya..baiklah apa kata anda cuba hidangkan masakan ini untuk menjamu selera bersama ahli keluarga..

Cadangan hidangan sampingan

RESIPI COLESLAW ALA KFC



Untuk menambahkan lagi keriangan makan bersama keluarga apakata anda hidangkan coleslaw yang super sedap macam di KFC tu..

Coleslaw antara sajian sampingan yang sangat enak dimakan bersama Ayam Goreng dan juga kentang putar. Sayur kubis dan juga lobak merah yang dicincang halus dan kemudiannya digaul bersama mayones ini akan rasa lebih enak jika dimakan sejuk. 


BAHAN-BAHAN:

1/4 biji kubis – buang bahagian keras dan cincang halus
1 batang lobak merah – sagat dan cincang halus
1/2 cawan susu segar
5 sudu makan mayones 
1 sudu makan gula 
1 sudu teh garam


CARA MEMASAK

1. Satukan cincangan kubis dan lobak merah. Gaul sebati.

2. Masukkan susu segar.

3. Kemudian masukkan mayones kegemaran. Boleh letak lebih mengikut cita rasa masing-masing.

4. Masukkan juga gula dan garam. Sebatikan.

5. Simpan Coleslaw dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati supaya campuran bersatu.

6. Coleslaw homemade boleh dimakan bersama ayam goreng ala kfc.

7. Siapp untuk dihidangkan



Cuba juga resepi dibawah: 

Resepi pulut serunding kelapa

Singgang ikan kayu

Resepi Puteri ayu

RESEPI PULUT SERUNDING KELAPA




RESEPI PULUT SERUNDING KELAPA

Anda dah x de idea nak sediakan  kuih muih sebagai hidangan kepada ahli keluarga? Apa kata anda cuba hidangkan pulut serunding kelapa yang sedap dan mudah ini. Hidangan ini sangat sesuai dijamah pada waktu pagi dan petang bersama seisi keluarga. 

Tanpa membuang masa, jom kita mulakan menyediakan hidangan ini.. 

Inti Serunding Kelapa

Bahan - bahan :

  • 2 biji kelapa parut
  • 1 mangkuk cili kering yg sudah diblend
  • 2 labu bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 6 - 8 batang serai *
  • 1 genggam ikan bilis 
  • 21/2 cawan gula
  • 11/2 sudu besar garam kasar
  • Sedikit perasa

RESEPI PULUT SERUNDING KELAPA

Cara - cara penyediaan :

Semua bahan bertanda * dihiris dan dikisar bersama ikan bilis..

Masukkan semua bahan dlm kuali, kacau dan biar sehingga inti kelapa pedas kering..

Setelah siap, masukkan inti kedalam bekas dan sejukkan.

Senangkan..


Pulut Tanpa Santan

Bahan - bahan :

  • 1/2 kg beras pulut ~ dibasuh bersih dan toskan.
  • 3½ cawan air
  • 1 sudu kecil garam kasar
  • 4 sudu minyak masak

Cara - cara penyediaan :

Masak pulut dengan masukkan semua bahan kecuali minyak masak.. 

Bila pulut dah nak kering..baru masukkan minyak masak.. kacau dan biar pulut masak sepenuhnya..

Tekap pulut dgn acuan dan gaul rata dgn inti kelapa pedas @ serunding kelapa..

Pulut serunding kelapa siap utk dihidang 😋

Tips- Jika anda tidak mempunyai penekap untuk digunakan sebagai acuan pulut, anda juga boleh menggunakan senduk kecil atau kepal menggunakan tangan bentuk2 pulut yang anda inginkan.

Antara jenama beras pulut yang terbaik boleh didapati di pasaran adalah seperti beras pulut jenama floral, keluarga, orkid, Hayati dan sebagainya.






Cadangan hidangan yang lebih cantik, anda boleh sediakan sepotong daun pisang sebagai alas pinggan atau talam untuk serlahkan lagi hidangan ini.

Nikmati bersama air kopi atau air teh panas kegemaran anda




Resepi bengkang ubi kayu





Bingka@Bengkang ubi kayu siap


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca pembaca Kali ini admin ingin mengajak anda semua membuat dan menikmati kuih tradisional yang sangat lazat dimakan waktu pagi atau petang bersama secawan kopi. aargghh..pasti pembaca semua tak sabar nak buat dan nak menikmati kuih ini bersama orang yang tersayang kan.

Tahu kah anda ubi kayu hidup subur di negara kita Malaysia. Tumbuhan ini sangat mudah didapati dan mempunyai pelbagai kegunaan. Antaranya adalah daunnya boleh dibuat ulam ulaman untuk makan tengahari yang sangat berkhasiat untuk tubuh.

Batangnya pula sangat sesuai untuk digunakan sebagai pancang bagi melindungi tanaman tanaman kecil.

Ini 10 kebaikan ubi kayu untuk tubuh badan kita yang anda perlu tahu:

  1. Megelakkan peningkatan tekanan darah
  2. Membantu mencegah anemia
  3. Membantu melancarkan sistem percernaan
  4. Membantu dalam peningkatan berat badan secara sihat
  5. Mencegah kenaikan paras gula dalam darah
  6. Membantu dalam pembekuan darah
  7. Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi
  8. Membekalkan tenaga dengan segera
  9. Baik untuk kesihatan jantung
  10. Mencegah simptom yang disebabkan oleh penyakit Celiac

Resepi bengkang ubi kayu

Bahan-bahan: 
  • 4 cawan ubi kayu parut
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula pasir perang
  • ½ sudu kecil garam
  • Pewarna kuning
  • 1 Sudu besar minyak

Butter utk diletakkan diatas adunan bg dptkan kerak2 garing tu..

Resepi bengkang ubi kayu



Caranya penyediaan

  • Masukkan ubikayu,gula n garam..gaul rata semua bahan tadi..
  • Lepastu masukkan santan, tambah kan air secukupnya
  • Gaul sebati semua dan masukkan sedikit pewarna...
  • Oleskan minyak diloyang, tuang adunan ratakan dgn spatula
  • Ambil sedikit butter letakkan di sudut2 yg Kita nk kerakkan dan garingkan...
  • Panaskan oven 10min sblm masukkan adunan biar oven panas dulu...
  • Suhu yang sesuai untuk memasak bengkang  guna 250°c..1jam 15min...
  • 1jam utk api atas bwh...15 min api atas 
  • Dah pun siap masak, apalagi  angkat, biarkan satu jam utk sejukkan.

Untuk memudahkan anda memotong bengkang perlu disejukkan dahulu ya.

Anda juga boleh menggunakan pewarna lain dan perisa yang anda mahu untuk menghasilkan bingka yang pelbagai dari segi warna dan rasa.

Selamat mencuba 

RESEPI KEK MARBLE



RESEPI KEK MARBLE

RESEPI KEK MARBLE

Hai semua pembaca dan peminat kek. Ada tak dari anda disini peminat kek marble? pasti ada kan. Hari ini kita penuhkan aktiviti kita dengan menyediakan kek marble yang sedap dan padu. Hidangan ini bukan saja sesuai dimakan diwaktu pagi, malah ia sangat sesuai dinikmati tanpa mengira masa.

Pada hari hari cuti atau ada kelapangan, best juga jika anda sediakan hidangan kek ini untuk keluarga tersayang.

Kepada anda yang tiada idea nak sediakan apa untuk tetamu anda petang ini pula, Jom kita buat kek marble yang mudah dan menyelerakan ini.


Bahan-Bahan :
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Susu tepung 2 sudu besar
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • Telor gred A 4 biji
  • butter 1 cawan
  • 1st esen vanilla
  • Susu pekat 2 sudu besar
  • Gula kastor 3/4 cawan
  • Susu segar 2 sudu besar
  • Serbuk koko 2 sudu besar rata

RESEPI KEK MARBLE

Cara-Cara penyedian :

  1. Ayak tepung gandum, susu tepung, baking powder dan sedikit garam.
  2. Putar butter gula dan esen vanilla. Putar sehingga adunan kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu, selang 2 minit baru masukkan telur seterusnya sampai habis.
  4. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  5. Masukkan tepung 4 sudu pertama, putar sekejap, dan masukkan lagi 4 sudu, putar sekejap. Hingga habis tepung.
  6. Bahagikan 2 bahagian, 1 bahagian biarkan plain. 1 bahagian lagi letakkan serbuk koko, pewarna, kacau sebati, letakkan susu segar. Kacau sebati.
  7. Panaskan oven, lapis baking paper dalam loyang dan mula lapiskan adunan selang seli sampai habis.
  8. Bakar dengan suhu 180c utk 35min pertama. Lepas 35min, turunkan suhu ke 160c guna api bawah sahaja selama 10-15min.
  9. Keluarkan kek dan sejukkan sekitar 20-30 minit
  10. Kek marble anda telah pun siap untuk dihidangkan
Bagi anda yang suka bereksperimen, ada pelbagai cara dan bentuk kek marble yang boleh di sediakan. Antaranya adalah seperti gambar dibawah. Anda boleh menggunakan pelbagai warna supaya kek yang anda hasilkan kelihatan lebih cantik dan menarik.