Singgang dah siap
Singgang ikan kayu@tongkol
Hi pembaca pembaca resepi.org sekelian. Diaharap anda semua sihat walafiat ketika dan saat ini hendaknya. Kali ini admin nak kongsikan repi masakan yang cukup popular di pantai timur semenanjung Malaysia.
Orang kata tak sah kalau tak buat hidangan singgang ni jika berkumpul bersama sanak saudara dan adik beradik pada hari hari cuti untuk makan ramai ramai.
Kenapa masakan singgang ikan kayu@tongkol ni hanya popular di pantai timur sahaja? Di negeri negeri lain tak popular kah? Jawapannya tidak..Hidangan ini juga diminati di negeri negeri lain di Malaysia, cuma ia lebih popular dikalangan penduduk Pantai timur.
Antara sebeb hidangan ini cukup popular adalah masakan ini sangat menyihatkan tubuh badan kerana ramuan nya yang ringkas. Masakan ini juga sangat mudah dan cepat untuk disediakan.
Jadi kalau anda tak ada idea nak masak lauk apa harini, cubalah masak hidangan ini..Pasti ahli keluarga puas menikmatinya..
Oklah, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa bahan bahan yang kita perlu sediakan untuk memasak hidangan ini.
Singgang ikan kayu@tongkol
Bahan bahan utama:
- Ikan kayu@tongkol seekor
1 ekor ikan tongkol
1 inci lengkuas
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4@5 Cili api
4 Keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Air 1.5 Liter
Bersihkan dan potong ikan tongkol kepada beberapa bahagian. Cara yang mudah untuk membersihkan dan menghilangkan bau hanyir ikan adalah dengan merendam ikan tongkol tersebut dengan limau kasturi selama 10-15 minit.
Potong dan hiris bawang putih, bawang merah, lengkuas dan cili api.
Cara penyediaan:
- Siapkan kuali yang bersih, Masukkan 1.5 liter air dan masak hingga mendidih
- Masukkan bahan bahan seperti bawang putih, bawang merah,lengkuas,cili padi, asam keping dan cili padi
- Biarkan seketika hingga mendidih
- masukkan ikan tongkol yang telah dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian
- Masukkan sedikit garam
- Biarkan mendidih selama 3 minit dan masakan anda siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba masakan Singgang ikan kayu@tongkol
No comments:
Post a Comment