Masak asam pedas ikan siakap
Asam pedas ikan siakap@Resepi
Hi pembaca sekelian,
Hari ini min nak berkongsi 1 hidangan yang sangat mengiurkan kepada peminat peminatnya..
Ha apa lagi kalau bukan masak asam pedas ikan siakap. Selalu kita dengar ikan siakap popular dengan masakan siakap 3 rasa. Sebenarnya ikan siakap juga sangat sedap dimasak asam pedas.
kalau pembaca semua bijaksana, dimana selalunya penggemar penggemar asam pedas menikmati juadah ini, ya betul..negeri melaka jawapannya kerana terkenal dengan masak asam pedas.
Keenakan asam pedas negeri Melaka menyebabkan peminat peminat masakan ini datang berbondong bong setiap minggu ke negeri Melaka.
Baiklah jom kita sediakan bahan-bahan masakan yang diperlukan:
- Ikan siakap 1 ekor (saiz sedang)
- 30 tangkai Cili kering
- 3 biji Bawang merah kecil
- 3 Biji Bawang putih
- 3 BijiTomato
- 2 Kuntum Bunga kantan
- 15 helai Daun kesum
- 5 Biji Limau kasturi
- 5 Asam keping
- Sedikit Garam
- 5 sudu besar Minyak masak
- 1 Liter Air
Baiklah, itu sahaja bahan bahan yang kita perlukan.
Asam pedas ikan siakap@Resepi
Langkah penyediaan.
- Potong dan bersihkan ikan siakap kepada beberapa bahagian
- Rendam dengan limau kasturi 5-10 minit
- Bersihkan dan tos ikan
- Cuci dan potong kepada 2 bahagian bunga kantan
- Cuci dan bersihkan daun kesum
- Cuci dan potong 4 bahagian buat tomato setiap biji
- Kupas dan hiris bawang putih dan bawang merah kecil
- Kisar cili kering bersama bawang putih dan bawang merah
Mari kita mula masak
- Panaskan minyak dalam kuali
- Tumis cili kisar, bawang putih dan bawang merah
- Biarkan sehingga pecah minyak dan masukkan ikan siakap
- Masukkan 1 liter air
- Biarkan sehingga mendidih
- Masukkan asam keping
- Masukkan tomato dan bunga kantan yang telah dipotong
- Masukkan garam secukup rasa
- Masukkan daun kesum
- Masak sehingga lebih kurang 10 minit dan tutup api
- Siap untuk dihidangkan
Kepada anda yang lebih suka kuah asam pedas yang pekat dan melekat pula
- Lebihkan lada kisar untuk pekat.
- Lebihkan minyak semasa menumis.
- Letak gula semasa tumis lada, gula bantu pekatkan dan cantikkan warna lada jadi lebih merah.
- Ikan masukkan bila warna kuah asam pedas dah merah menggelegak, minyak dah naik
haa, dah siap..apa lagi..Jom makan
No comments:
Post a Comment